Friday 5 May 2017

REUNIC LIVE CONCERT EXPERIENCE 230417

Hi and Assalamualaikum

It’s already May, I know but NA still nak update blog yang berhabuk berkabus berdebu ni. Sampai sekarang still tak move on daripada konsert yang NA ada pergi last month. NA ni peminat muzik nasyid sebenarnya. As all know, industri muzik nasyid sekarang ni tengah hangat diperkatakan sebab program Gema Gegar Vaganza yang menghimpunkan penyanyi dan kumpulan nasyid yang popular. It’s a great effort untuk menaikkan semula taraf industri muzik nasyid. Personally, daripada program GGV kita dapat lihat betapa versatile nya penyanyi nasyid Malaysia. Memang ramai yang kecam sebab tak melambangkan apa yang sepatutnya daripada segi lagu. Tapi hey look at the bright side. Semua lagu yang dinyanyikan tu banyak positive vibes. Kaji lirik lagu tu and awak akan jumpa jawapan kenapa lagu tu dipilih. Enough of mumblings, I want to proceed about REUNIC LIVE CONCERT last 23rd April.

DARI KIRI : FADZLI AZIZ, FITRI HARIS, FAKHRUL RADHI, WAN NAJDI, BAZLI HAZWAN, HAFIZ HAMIDUN

THIS IS THE POSTER. TICKET PUN GAMBAR SAMA CUMA BENTUK RECTANGLE.

Konsert ni ialah konsert pertama yang NA pernah attend tau. Before this tak pernah pergi mana-mana konsert pun.

Al kisahnya bermula masa NA stalk ig Ustaz Fakhrul UNIC. From that, ada ternampak satu poster pasal konsert UNIC yang akan bergabung dengan bekas ahli UNIC yang lama. Weh NA excited yang teramat sebab NA membesar dengan lagu UNIC such as Hanya Tuhan Yang Tahu, Ainul Mardhiah and Balqis. Memang macam tak logik kalau NA kata NA ingat sebab UNIC bermula masa umur I 3 tahun (2002). Masa tadika ke sekolah rendah macam tu mama dengan ayah ada beli satu album yang ada lagu nasyid yang famous. Hari-hari asyik repeat. Melodi muzik Islam ni NA rasa ada satu aura yang buat NA boleh ingat sampai sekarang. The ticket price itself sangat murah. Range harga cuma dari rm15-rm100. Just imagine gais, kalau tiket konsert kpop yang beratus tu korang mampu, kenapa not this one kan? So I decided to go. Padahal langsung tak tahu at first nak pergi naik apa, siapa nak bayarkan tiket, nak pergi dengan siapa all that. Alhamdulillah ada seorang senior yang baik hati ni nak sponsor tiket sebab NA ni budak lepasan spm yang tak bekerja (walaupun seat rm15 I still bersyukur). Tu pun after NA yang mintak hahaha. Thanks HHZ. (kalau kau baca please ah ws aku)

Alhamdulillah dapat pergi. Gotta a few friends yang pergi sekali—Izzah, Farizah and Kak Nadiah. Tapi yang tak best diorang tiga ni seat rm50. So NA tertinggal sorang dekat belakang. Fyi, konsert ni memang totally tiada keuntungan kepada ahli-ahli UNIC ( Fakhrul, Najdi, Bazli ), Fitri Haris, Fadzli Aziz dan Hafiz Hamidun. I felt great sebab dapat berada dalam satu konsert or I would call it as a Fund-raising Event yang menyumbangkan keuntungannya untuk kanak-kanak pesakit kanser di HKL antaranya anak Bazli Hazwan, Syahid si Bintang Syurga yang menghidap lymphoma cancer. NA tak tahulah apa korang rasa, tapi personally NA menangis bila bayangkan kanak-kanak sekecil itu menghidap kanser. Sakit dia Ya Allah tak terjangka. Kalau terhiris jari dengan pisau pun dah panic cari first aid, just imagine seorang budak nak buat kemoterapi.

The concert took place at Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai. Fyi, NA ni rumah dekat Telok Panglima Garang, Selangor. Kalau pergi USIM dalam 45 mins je lah. Alhamdulillah dimudahkan lagi sebab Izzah nak tumpangkan. Love you, Izzah! Hehehe. Kitorang sampai USIM dalam pukul 7 then terus pergi redeem tiket and get ready for Maghrib prayer. Ada surau, yes tapi kenalah bersesak sebab ramai kan. Habis solat terus turun nak pergi reserved seat sendiri. This concert free seating. So kena cepatlah kalau nak dapat view best. Sebab tickets SOLD OUT. Ada 2000+ tickets okay. Actually seat pada mulanya diasingkan muslimin dan muslimat. Tapi since ni konsert REUNIC yang peminatnya mostly PEREMPUAN, so ada last minute changes but I’m satisfied with my seat.



The emcee for the concert was Aiman Sabri, a radio DJ from THR Gegar (gigih NA cari Instagram and full name dia lol) It was fun with him! Sementara nak tunggu UNIC, HH, FH dan FA perform, ada persembahan pembukaan daripada kumpulan nasyid USIM. Sorry tak ingat sangat nama kumpulan tu. Simfoni kalau tak silap lah. Anyway, that group was awesome! That moment bila Aiman invite REUNIC on stage was lit ! Semua yang memang pakat sorak kuat-kuat with phones tak lepas daripada tangan nak record. Ehem NA pun. Semua memang langsung tak nak lepas phone sampai tahap this lawak muncul.

Hafiz Hamidun: Siapa rasa gembira tepuk tangan.
Us                        : *tepuk tangan tapi tak lepas phone*
Hafiz Hamidun: Tak lepas phone jugak tu. Okay lagi sekali. Siapa rasa gembira campak handphone.
Us                        : *memang taklah nak campak + gelak berjemaah*

Sorry kalau tak lawak. Kbye.

The very first song yang REUNIC nyanyi ofc lah Jalinan. Lagu fav ni. Lagu ni lagu tema masa Tarbiyatun Nisa’ dekat BASIS. Semangat weh nyanyi. Oh yeah satu lagi. Sorry sebab NA tak ingat flow lagu yang diorang nyanyi. Sebab kejap record for IG story, pastu record for personal pula. Lepas transfer masuk laptop jadi confuse sendiri mana satu dulu. The performances sebenarnya best sebab ahli UNIC yang lama dan baru bergabung. Ada dua orang ahli yang tak join sekali—Wan Syah dgn Apen. And tak keterlaluan kalau NA cakap yang mostly yang datang sangat tak sabar dengan kemunculan Fitri Haris, a phd survivor yang tengah further studies dekat University Of Nottingham, UK. I’ll talk about him in the next post okay?

Konsert ni divided to two parts. Between that, ada performance daripada kumpulan dikir barat USIM. Sekali lagi maaf sebab tak ingat nama. Tapi I was superbly amazed dengan lagu Assalamualaikum Ustazah yang diorang bawak. Best wehhh serious.

Personally rasa sangat tak rugi datang sebab in between songs yang REUNIC nyanyi, diorang akan bercerita siapa yang produce lagu tu, macam mana UNIC ni terbentuk—dua budak sekolah (FH dan Bazli) datang jumpa Hijjaz kata nak menyanyi. Pheww then bermulalah UNIC.*malas nak cerita details* Banyak juga cerita personal, diorang share pengalaman pahit manis dengan UNIC. The stories behind 15years of UNIC. Perkembangan baru UNIC and others. Banyak juga diorang campak belakang. What I can say is that semua cerita best. Sangat sempoi, penuh dengan humors.  Diorang ni suka sangat menyakat antara satu sama lain. Macam tengah tengok sitcom lawak tau. Memang tak kering gusi lah senang cerita. Oh yes, tak semua lagu diorang nyanyi full. Ada yang medley and acoustic. Tak sempat nak record that one. Tapi korang boleh search je dekat Youtube. In shaa Allah ada. I wanted to thank those people yang upload dekat Youtube. Boleh tahan jelas with great audio.

What I remember the most—

1. Suara Fitri Haris yang sangat merdu. Sedangkan pada hakikatnya tekak dia sangat sakit and dia demam after touchdown. Part dia dahlah semuanya tinggi-tinggi. Tapi bertuah sebab ada kawan-kawan dan peminat yang dapat support nyanyian dia. Thumbs up! Part dia tarik semua awesome masya Allah.  

2. Imam Muda Najdi yang sepanjang masa kena bahan dengan gelaran ‘BB’ that stands for Budak Baru sebab IM Najdi ni baru je join UNIC. Suka main-main IM Najdi ni lol. 

3. Masa lagu Atas Nama Cinta, we hold our phones up with flashlights on. Kalau konsert kpop macam lightstick lah. Ya Allah that moment was super duper amazing. The view Subhanallah and the feelings sangat undescribable.   

4. There was a part masa lagu Bintang Syurga, Bazli and Najdi menangis. Yes menangis. I can say seluruh dewan menangis. That song was created when Syahid dilahirkan (kalau tak silap lah). And IM Najdi menangis, ofc sebab naluri seorang ayah. After nangis, lepastu dia jadi nakal balik. 

5. Penampilan khas Hijjaz omg that one. Started the story tentang penubuhan UNIC then diorang nyanyi lagu Sumayyah. Ya Allah sangat meruntun qalbu.

6. Ada juga Heliza Helmi and Oki Setiana Dewi yang jadi tetamu khas untuk buat cabutan bertuah. Ramai jugak sebenarnya yang datang malam tu such as Devotees. Haa congrats kepada abang dan kakak yang dapat Free Tickets from Firefly tu. 

7. Part solo Ustaz Fakhrul mengaji. Then the sitcom started lol. 

8. Oh yes part Fadzli Aziz bagi hadiah iringan supplement ke vitamin tak sure #bijaksanabijaksini

9. One more masa Hafiz Hamidun mention nama wife-to-be dia at that time, Kak JoyRevfa. Alhamdulillah already sah on 1st May. Barakallah Hafiz Hamidun dan Joy Revfa.

10. Gurauan-gurauan  pasal perkahwinan all that. *sensitive issue ni lol* plus kisah UNIC almost accident. 

Antara lagu yang REUNIC nyanyi * sorry tak ingat sangat*—

1. Jalinan 
2. Demi Cinta Suci
3. Hanya Tuhan Yang Tahu  
4. Sahabat Sejati
5. Atas Nama Cinta
6. Hakikat Bahagia
7. Satu Tekad
8. Balqis
9. See You di IPT
10. Ainul Mardhiah
11. Bintang Syurga
12. Erti Syukur
13. Bertemu Semula – lagu baru boleh dengarkan di Youtube, Spotify, ITunes *HIGHLY RECOMMENDED* you gais can just click at the song title

What else nak cerita eh. In shaa Allah I’ll be waiting for REUNIC LIVE CONCERT 2.0. Hopefully dapat join 2.0 punya juga.




Sekalung tahniah kepada REUNIC kerana memberikan persembahan terbaik buat kami, peminat yang sentiasa menyokong karier anda. Saya mendoakan yang terbaik untuk UNIC, Fitri Haris, Fadzli Aziz, Hafiz Hamidun, Wan Syah dan Azlan. Tahniah sebab mampu menjayakan konsert ni hanya dalam masa kurang daripada sebulan. Anda hebat!

Tabung DOA : SEMOGA ALLAH SWT MEMUDAHKAN SEGALANYA BAGI SYAHID. MOGA DIBERIKAN KEKUATAN DAN KEMUDAHAN UNTUKNYA. SEMOGA DISEMBUHKAN PENYAKITNYA. MOGA DIBERIKAN KESABARAN DAN KEKUATAN YANG MAKSIMA UNTUK KEDUA-DUA IBU BAPA DAN KELUARGANYA. SEMOGA KARIER SETIAP SEORANG AHLI REUNIC DIPERMUDAHKAN. DAN MOGA MUZIK NASYID TERUS BERKEMBANG. 

Till then, wassalamualaikum.

1738HRS 030517 by NURAIN ANNISSA @adryzannissa


REUNIC LIVE CONCERT EXPERIENCE 230417

Hi and Assalamualaikum It’s already May, I know but NA still nak update blog yang berhabuk berkabus berdebu ni. Sampai sekarang still t...